Followers

Powered by Blogger.


SUSAH UNTUK LENA....?

Posted by CTZEN Monday 30 May 2011

Susah Tidur?
Beberapa tips membantu percepatkan lena anda...

1. Bebas dari perkakasan.
Pastikan bilik tidur anda bebas dari TV, komputer, radio dan sebagainya. Biarkan ia kosong dengan hanya katil dan almari palaian. Gunakan unsur putih di katil untuk beri ketenangan fikiran.

2. Makan 3 jam sebelum tidur.
Makan 3 jam sebelum pergi tidur, makanan berasaskan sayuran, pisang dan epal bagus dimakan waktu ini. Elakkan kafein.

3. Amalan tidur yang sihat.
Renjiskan lavender wangi ke cadar agar terasa rilek dan tenang jiwa.

4. Sedikit minuman.
Minum susu suam atau koko panas atau setitis madu beberapa jam sebelum tidur.

5. Mandi suam.
Mandi dengan air yang sedikit panas beberapa ketika, lagi elok gunakan beberapa titis lavender atau vanila wangi. Anda akan lena dengan nyenyak sekali.

6. Tilam mahal.
Gunakan tilam jenis mahal kerana biasanya rekaan tilamnya lebih berkualiti dan mampu menyokong kontur badab anda. Ianya mengelakkan dari kesakitan belakang dan otot badan.

7. Elakkan terlelap siang
Cuba sedaya upaya untuk kekal berjaga sepanjang siang hari walaupun terasa sangat penat da mengantuk.

8. Tarik nafas.
Pakai pakaian lembut dan longgar. Baring dengan selesa, tarik nafas dalam-dalam dan perhatikan perut anda naik. Tahan nafas selama 6 saat dan lepas. Ulang selama 10 minit. Anda akan lena sebaiknya.

Cubalah…..

0 comments

Post a Comment



About Me